Macromedia Authorware

19.27.00

ﺑﺴﻢﷲﺍﻠﺮﺤﻤﻦﺍﻠﺮﺤﻴﻢ

Pengertian 

Macromedia Authorware ialah sebuah bahasa pengaturcaraan grafik berasaskan carta aliran. Ia digunakan untuk mencipta atur cara interaktif yang menyepadukan berbagai-bagai kandungan multimedia, khususnya aplikasi-aplikasi e-pembelajaran. Model carta aliran Authorware membezakannya daripada alat-alat pengarangan yang lain seperti Adobe Flash dan Macromedia Director yang bergantung kepada sebuah struktur visual, garis masa, dan skrip.  

Sejarah 

Authorware pada asalnya diterbitkan oleh syarikat Authorware yang diasaskan oleh Michael Allen pada tahun 1987. Allen pernah menyertai pembangunan sistem e-pembelajaran usaha sama PLATO pada dekad 1970-an.

Nama pertama Authorware ialah "Jalan Tindakan" (CoA; bahasa Inggeris: Course of Action). Atur cara pertama itu hanya boleh digunakan dengan Macintosh dan menghasilkan aturcara-aturcara masa jalanan untuk DOS. Authorware muncul kemudian dan menghasilkan versi-versi masa jalanan DOS sehingga sekitar 2.0 yang merupakan versi Windows yang pertama.

Authorware bergabung dengan MacroMind-Paracomp pada tahun 1992 untuk membentuk Macromedia. Pada Disember 2005, Macromedia bergabung pula dengan Adobe di bawah nama Sistem Adobe. Versi Authorware yang paling terkini ialah versi 7.02; versi 7 diterbitkan pada tahun 2003. Sehingga masa ini, Adobe masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk menerbitkan versi Authorware yang baru. 
sumber : wikipedia
to be continued...

download  software





You Might Also Like

0 komentar

teman

QUOTE OF THE DAY

Jatuh untuk bangkit